Pengenalan
>> Jumaat, 20 November 2009
Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerjabuat- sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta.
Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak
dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari,inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan